Monday, October 19, 2015

TENAGA

HARI NI KITA AKAN BELAJAR TENAGA PULAK.
 
 
ADIK-ADIK SUDAH TAHU :
 
APA ITU TENAGA?
APAKAH KEPENTINGAN TENAGA?
APAKAH SUMBER-SUMBER TENAGA?
APAKAH KEGUNAAN TENAGA?
 
KALAU BELUM TAHU,KITE LAYAN VIDEO -VIDEO NI DULU.
 
TENAGA
 
\
 
 
 
PERUBAHAN BENTUK – BENTUK TENAGA (‘Transformation of Energy’)
Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.
(‘Energy Is Neither Created Nor Destroyed.’)

Apabila kita menggunakan tenaga, ia tidak hilang. Kita menukarkan ia dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
(‘When we use energy, it doesn't disappear. We change it from one form of energy into another.’)

Tenaga bertukar bentuk atau mengalami transformasi bentuk, tetapi jumlah tenaga di dalam alam semesta tidak berubah.
(‘Energy changes form or we can say energy can be transformed, but the total amount of energy in the universe stays the same.’)

Dalam aktiviti harian, pertukaran tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain akan melibatkan kehilangan tenaga. Sebahagian daripada tenaga hilang sebagai tenaga haba.
(‘In reality, converting one form of energy into another form always involves a loss of useable energy. The rest of the energy is lost as heat.’)

Perubahan tenaga ini melibatkan satu hukum fizik yang dikenali sebagai Hukum Termodinamik. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.
(‘The transformation of energy involves a law of physics that we called the Law of Thermodynamics. Click here for more informations.’)

Contoh – contoh perubahan tenaga.
(‘Examples of Transformation of Energy’)

Dalam setiap contoh yang diberi, tenaga bermula dengan satu bentuk dan bertukar kepada bentuk yang lain. Namun terdapat juga tenaga bertukar kepada lebih daripada satu bentuk sebelum terhasil bentuk tenaga paling akhir.
(‘In each example energy starts as one form and changes into another form. In some cases the energy might actually change into more than one form before the final energy out.’)

Aktiviti – aktiviti yang terlibat dengan perubahan tenaga.
(‘Activities involve of transformation of energy.’)

a) Menghidupkan lampu : Tenaga elektrik → tenaga cahaya
(‘Switching on the lights : Electrical energy → light energy.’)

b) Menyalakan lilin : Tenaga kimia → tenaga haba + tenaga cahaya
(‘Lighting a candle : Chemical energy → heat energy + light energy.’)

c) Kalkulator kuasa solar : Tenaga solar → tenaga elektrik → tenaga cahaya
(‘Using a solar powered calculator : Solar energy → electrical energy → light energy.’)

d) Menendang bola : Tenaga kimia → tenaga kinetik → tenaga haba
(‘Kicking a ball : Chemical energy → kinetic energy → heat energy.’)

e) Memanaskan air menggunakan cerek elektrik : Tenaga elektrik → tenaga haba
(‘Boiling water using electric cattle : Electrical energy → heat energy.’)

Peralatan - peralatan yang mengalami perubahan tenaga. Perubahan tenaga membuatkan hidup manusia lebih mudah dan cepat.
(‘Appliances that make use of energy transformation. Transformation of energy makes our work easier and faster.’)

a) Seterika elektrik : Tenaga elektrik → tenaga haba
(‘Electric iron : Electrical energy → heat energy.’)

b) Radio menggunakan sumber elektrik : Tenaga elektrik → tenaga bunyi
(‘Radio using electric power : Electrical energy → sound energy.’)

c) Kipas siling : Tenaga elektrik → tenaga kinetik + tenaga bunyi
(‘Ceiling fan : Electrical energy → kinetic energy + sound energy.’)

d) Dapur gas : Tenaga kimia → tenaga haba + tenaga cahaya
(‘Gas stove : Chemical energy → heat energy + light energy.’)

e) Televisyen : Tenaga elektrik → tenaga bunyi + tenaga cahaya
(‘Television : Electrical energy → sound energy + light energy.’)

f) Alat pengering rambut : Tenaga elektrik → tenaga kinetik → tenaga haba + tenaga bunyi
(‘Hairdryer : Electrical energy → kinetic energy → heat energy + sound energy.’)

g) Lampu suluh : Tenaga kimia → tenaga elektrik → tenaga cahaya
(‘Torch : Chemical energy → electrical energy → light energy.’)

 
 
 Tenaga bunyi (‘Sound energy’)

Kita perlukan tenaga bunyi untuk mendengar dan menghasilkannya apabila kita bercakap.
(‘We need sound energy to hear and produce it when we speak.’)

Bunyi terhasil apabila satu daya yang menyebabkan objek atau bahan untuk bergetar – tenaga dipindahkan menerusi bahan dalam bentuk gelombang.
(‘Sound is produced when a force causes an object or substance to vibrate - the energy is transferred through the substance in a wave.’)

Apabila satu objek bergerak dengan cepat, contohnya kepala drum, yang mana bahagian kulitnya bergerak ke atas dan ke bawah, ia memampatkan udara di sekitarnya. Udara kemudian mengembang, dan kemudian bertukar kepada udara bergerak. Udara bergerak kemudian terus ditolak dan memampatkan udara yang lain, dan seterusnya.
(‘When an object moves quickly, for example the head of drum, where its skin moves up and down, it compresses the air nearby. That air then expands, transforming into kinetic moving air. The moving air then pushes on and compresses other air, and so on down the chain.’)

Tenaga bunyi boleh bergerak menerusi pepejal, cecair dan gas. Tenaga bunyi tidak boleh bergerak menerusi keadaan vakum (tiada udara). Itu adalah sebab mengapa kita tidak boleh mendengar apa – apa semasa berada di Bulan atau di angkasa lepas.
(‘Sound energy can be spread through solids, liquids and gases. Sound energy cannot travel through a vacuum (no air). That is the reason why people cannot hear anything while on the Moon or in outer space.’)

Tenaga bunyi melibatkan pergerakan getaran objek. Oleh itu, tenaga bunyi dikategorikan di dalam tenaga kinetik.
(‘Sound energy involves the movement, vibration of object. So that, sound energy is categorized in kinetic energy.’)

d) Tenaga elektrik (‘Electrical energy’)

Tenaga elektrik terhasil daripada pergerakan cas – cas elektrik. Ia terdiri daripada zarah – zarah kecil dipanggil sebagai atom. Atom terdiri daripada zarah – zarah yang lebih kecil dipanggil elektron (bercas negatif), proton (bercas positif) dan neutron (cas neutral). Elektron mengorbit mengelilingi pusat, atau nukleus, seperti bulan mengorbit Bumi. Nukleus terdiri daripada neutron da
n proton.
 
TENAGA CAHAYA

 
Cahaya (Jawi: چهاي), secara tepatnya dikenali sebagai cahaya tampak, [1] merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat. Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1 meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada kelajuan 299,792,458 meter sesaat.
Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Tumbuhan hijau ini akan menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi makanan kepada haiwan lain pula. Ini membentuk rantaian makanan. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai haiwan maun. Haiwan yang makan daging sahaja dikenali sebagai haiwan maging. Haiwan yang makan tumbuhan dan daging dikenali sebagai haiwan maserba.
Sifat-sifat cahaya ialah, cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya adalah kita dapat melihat sebuah mentol yang menyala dari sebarang penjuru dalam sebuah bilik gelap. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan. Keadaan ini disebut sebagai pantulan cahaya.
Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Keadaan ini disebut sebagai pembiasan cahaya. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak dibiaskan.

Teori kurun ke-10[sunting | sunting sumber]

Saintis Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham (965-c.1040), juga dikenali sebagai Alhazen, mengasaskan teori umum yang menjelaskan tentang penglihatan, menggunakan geometri dan anatomi, yang menyatakan bahawa setiap titik pada kawasan yang disinari atau objek, memancarkan sinaran cahaya ke semua arah, tetapi hanya satu sinaran dari setiap titik, yang mengenai mata pada sudut tepat, dapat dilihat. Sinaran-sinaran lain yang mengenai mata pada sudut yang berbeza tidak dapat dilihat. Dia menggunakan contoh daripada kamera lubang jarum, yang menghasilkan imej songsang, untuk menyokong hujahnya. Alhazen menganggap bahawa sinaran cahaya ialah arus zarah-zarah seni yang bergerak pada kelajuan terhad. Dia memperbaiki teori Ptolemy berkenaan pembiasan cahaya. Hasil kerja Alhazen tidak diketahui di Eropah sehingga lewat kurun ke-16.
 
MACAM MACAM LAGI JENIS BENTUK TENAGA SEPERTI
 
  1. TENAGA HABA.
  2. TENAGA ELEKTRIK.
  3. TENAGA KIMIA.
  4. TENAGA KINETIK.
 
INI SAJA YANG ABANG DAPAT KONGSIKAN.SEHINGA BERJUMPA LAGI.
HAAA..APE KATE KITA TENGOK VIDEO NI DULU.BARU BOLEH TENANGKAN FIKIRAN KITA YANG TENGAH SERABUT TU.....
 
 
 
BYE BYE
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment