Sunday, October 18, 2015

GERHANA

HAI KAWAN-KAWAN SEMUA.HARI NI KITA AKAN BELAJAR BAB GERHANA.

GERHANA MEMPUNYAI DUA JENIS IAITU GERHANA MATAHARI DAN GERHANA BULAN.

HAA...SEBELUM TU MARI KITA LAYAN VIDEO-VIDEO NI DULU YE.

GERHANA BULAN



GERHANA MATAHARI


BIAR SAYA RINGKASKAN....

GERHANA BULAN                                                                                                            
  • BUMI BERADA DIANTARA MATAHARI DAN BULAN.
  • DALAM BENTUK GERHANA SEPARA DAN GERHANA PENUH.
  • HANYA BERLAKU PADA WAKTU MALM SAHAJA.
GERHANA MATAHARI
  • BULAN BERADA DIANTARA MATAHARI DAN BUMI.
  • DALAM BENTUK GERHANA SEPARA DAN GERHANA PENUH.                                                                                       
  • HANYA BERLAKU PADA WAKTU SIANG SAHAJA.                                                                                             

GERHANA BULAN


Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 16 Jun 2011.[1]

Gerhana 2007[sunting | sunting sumber]

Pada 3 hingga 4 Mac 2007. Suatu gerhana bulan telah berlaku yang dikategorikan pada L=3 hingga L=4 pada skala Danjon. Gerhana ini boleh dilihat secara penuh dari keseluruhan Eropah dan Afrika dan paling kurang sebahagiannya boleh dilihat di timur Amerika, Asia, Australia Barat dan negara-negara Caribbean sepertiTrinidad dan Tobago dan Grenada di mana ia sedikit merah. Bulan telah memasuki bayangan penumbra pada 20:18 UTC 3 Mac, dan bayangan umbra pada pukul 21:30 UTC. Jumlah fasa berakhir di antara pukul 22:44 UTC dan 23:58 UTC. Bulan meninggalkan bayangan shadow pada 01:11 UTC dan meninggalkan penuh penumbra pada pukul 02:24 UTC 4 Mac.


Gerhana bulan 3 Mac 2007 di Madrid
Fasa gerhana bulan pada 3 Mac 2007
Lagi fasa gerhana bulan pada 3 Mac 2007

Peristiwa gerhana bulan era moden yang telah terjadi dan akan datang[sunting | sunting sumber]






GERHANA MATAHARI


Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Fasa separa dan anulus gerhana matahari pada 20 Mei 2012
Comparison of minimum and maximum apparent sizes of the Sun and Moon (and planets). An annular eclipse can occur when the Sun has a larger apparent size than the Moon whereas a total eclipse can occur when the Moon has a larger apparent size.
Partial solar eclipse -- this was the annular eclipse of May 20, 2012, observed outside the path of annularity
Terdapat empat jenis gerhana matahari:
  • Gerhana penuh berlaku apabila bebayang bentuk gelap Bulan mnyelubungi dengan sepenuhnya cahaya Matahari yang amat terang, dan dengan ini membolehkan koronamatahari yang banyak lebih lembut dilihat. Dalam mana-mana gerhana, kepenuhan paling baik pun hanya berlaku pada laluan terhad pada permukaan bumi.[1]
  • Gerhana anulus berlaku apabila Matahari dan Bulan betul-betul sebaris, akan tetapi saiz Bulan kelihatan kecil daripada saiz Matahari—ini menyebabkan Matahari kelihatan seolah-olah sebentuk cincin yang amat terang atau anulus, yang mengelilingi cakera Bulan yang lebih gelap.[2]
  • Gerhana hibrid (juga disebut gerhana anulus/penuh) berubah antara gerhana penuh dan anulus. Ia kelihatan seperti gerhana penuh di beberapa tempat pada permukaan Bumi sementara di tempat lain pula ia kelihatan seolah-olah gerhana anulus. Gerhana hibrid agak jarang berlaku.[2]
  • Gerhana separa berlaku apabila Matahari dan Bulan tidak tepat sebaris dan Bulan hanya melitupi Matahari dengan separa. Fenomenon ini lazimnya dapat dilihat dari sebahagian besar Bumi yang terletak di luar laluan gerhana anulus ataupun penuh. Walau bagaimanapun, beberapa gerhana hanya dapt dilihat sebagai gerhana separa oleh sebab umbra melintasi wilayah kutub Bumi dan tidak menyilangi permukaan Bumi.[2]
Jarak Matahari dari Bumi adalah lebih kurang 400 kali jarak Bulan (dari Bumi) sementara diameter Matahari pula lebih kurang 400 kali diameter Bulan. Oleh sebab nisbah-nisbah ini agak sama, dari Bumi, saiz Matahari dan Bulan kelihatan agak sama: lebih kurang 0.5 darjah sudut dalam ukuran sudut.[2]

Gerhana Matahari





































No comments:

Post a Comment