Tuesday, July 14, 2015

HABA

   HABA

       APAKAH HABA?

HABA IALAH SUATU BENTUK TENAGA .

     Haba (disingkatkan Q, juga dipanggil perubahan haba) adalah pertukaran tenaga haba antara dua badan yang mempunyai suhu yang berlainan. Unit SI bagi haba ialah joule..

LIHAT VIDEO INI...SAKSIKANLAHHH





Kaitan antara haba dan tenaga sama dengan kaitan antara kerja dan tenaga. Haba mengalir antara kawasan yang tidak berada dalam keadaan keseimbangan haba; haba mengalir dari kawasan yang bersuhu tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah. Semua objek (jirim) mempunyai tenaga dalaman yang berkaitan dengan pergerakan rawak atom dan molekul dalam jirim. Tenaga dalaman ini berkadaran terus kepada suhu objek itu. Apabila dua objek yang berlainan suhu bersentuhan secara terma, mereka akan menukar tenaga dalaman sehinggalah suhu kedua-dua objek sama. Jumlah tenaga yang dipindah adalah jumlah tenaga yang ditukar. Biasanya haba dikelirukan dengan tenaga dalaman, tetapi kedua-duanya ada perbezaan: haba berkaitan dengan perubahan tenaga dalaman dan kerja yang dilakukan oleh sesuatu sistem. Istilah haba digunakan untuk memperihalkan pengaliran tenaga; manakala istilah tenaga dalaman digunakan untuk memperihalkan tenaga. Memahami perbezaan ini adalah keperluan untuk memahami hukum pertama termodinamik.

Sinaran inframerah biasanya dikaitkan dengan haba, kerana haba pada suhu bilik ke atas akan mengeluarkan radiasi yang tertumpu kepada jalur inframerah tengah.

    SEKSYEN DWIBAHASA

APAKAH HUBUNGAN ANTARA HABA DENGAN KEPANASAN DAN KESEJUKAN

OBJEK BOLEH MENYERAP HABA.
OBJEK BOLEH KEHILANGAN HABA.

OBJEK MENJADI SEMAKIN PANAS.
OBJEK MENJADI SEMAKIN SEJUK.

BAGAIMANAKAH DARJAH KEPANASAN &KESEJUKAN BOLEH DISUKAT

UNIT YANG DIGUNAKAN:DARJAH CELCIUS ("C).
MENGUKUR SUHU DENGAN MENGGUNAKAN TERMOMETER.

TERMOMETER

SUHU LEBIH TINGGI APABILA OBJEK LEBIH PANAS.
SUHU LEBIH RENDAH APABILA OBJEK LEBIH SEJUK.

APAKAH PERANAN HABA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

OBJEK MEENGEMBANG APABILA MENYERAP HABA.
OBJEK MENGECUT APABILA KEHILANGAN HABA.

APLIKASI HARIAN:

1.BELON UDARA PANAS
2.ALAT PENGGERA KEBAKARAN

3.TERMOMETER

GALERI










































 

No comments:

Post a Comment